Click here for Myspace Layouts

Rabu, 14 Disember 2011

TAHUKAH ANDA

PANTUN MENYEBERANGI NEGARA PRANCIS

Mungkin tidak ramai daripada kalangan rakyat di negara kita mengetahui bahawa pantun, yang asalnya adalah dari dunia Melayu, sudah lama menyeberang ke bumi Perancis.

      Malahan, pantun menjadi sangat terkenal dan popular di negara Perancis. Mereka menyebutnya sebagai 'pantoum'. Pantun berkembang dan menjadi sebahagian daripada genre puisi dalam kesusasteraan Perancis. Para penyair Perancis mencipta puisi berdasarkan pantun dan menjadi salah sejenis puisi yang sangat digemari umum.

      Sarjana Perancis, Francois-Rene Daillie yang pernah mengkaji pantun di alam Melayu, menegaskan bahawa pantun yang ada dalam kesusasteraan Perancis kini asalnya ialah pantun Melayu yang telah diperkenalkan oleh sasterawan agung Perancis, Victor Hugo. Dalam bukunya, 'Studies on the Malay Pantun', Rene menyatakan pantun Melayu telah menyeberangi benua dan membiak subur di bumi Perancis sejak era romantisme dulu lagi.

      Demikianlah kita dapat melihat betapa pantun sangat bernilai dan dihargai oleh bangsa asing. Sedangkan di kalangan generasi muda di tanah air kita sendiri, pantun sudah mulai terhakis dan semakin menghilang. Wahal, generasi muda kita tidak sepatutnya mengabaikan warisan budaya yang sangat bernilai ini.


******************************
Bunga nanas bunga saga,
     Masakan dapat kembang bersama;
Tuan emas saya tembaga,
     Masakan dapat ditimbang bersama.
**************************************
Pisang emas dibawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.
**************************************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan