Click here for Myspace Layouts

Rabu, 14 Disember 2011

UNIKNYA.....................


INDAHNYA PANTUN


Pantun merupakan salah sejenis puisi yang tersangat indah akan pengucapannya. Keindahannya bukan sahaja terletak pada bentuk penciptaannya, malahan turut merangkumi keindahan akal budi yang terkandung dalam pengucapan yang ingin disampaikannya.


      Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika pantun turut dikagumi oleh bangsa Barat dan bangsa-bangsa lain lagi di dunia ini. Itulah sebabnya dunia Barat tidak melepaskan peluang untuk menterjemahkan dan menikmati pantun. Sebagai contoh, selain England, Perancis, dan Itali, bangsa lain lagi yang turut menterjemahkan pantun ialah Rusia, Jepun, China, dan Korea.


      Pendek kata, keunikan dan keistimewaan pantun memang berkemampuan menawan hati sesiapa sahaja yang mahu menikmati dan menghayati keindahannya. Keindahan bentuk pengucapan dan ketinggian akal budi yang tersirat di dalam pantun memang cukup mengagumkan.


      Sesungguhnya, meskipun zaman terus beredar dan berubah, namun pantun tidak mungkin dapat dipisahkan daripada akal budi masyarakat Melayu. Pantun akan terus kekal menjadi sebahagian daripada jiwa dalam kebudayaan bangsa Melayu. Itulah sebabnya pantun masih tetap subur, tidak lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan, dalam kebudayaan Melayu sampai kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan